![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
TANGGUNGJAWAB
TERHADAP KELUARGA
Wahai
kaum muslimin, Setiap
orang mempunyai tanggungjawab mengikut kedudukan, tugas dan peranan
masing-masing. Dalam keluarga misalnya, suami adalah ketua rumah yang
memainkan peranan penting dan bertanggungjawab memimpin rumahtangga dan
mengawal ahli-ahli keluarganya. Manakala isteri pula bertanggungjawab
menjaga rumahtangga dengan membantu suami dan bekerjasama dalam usaha
mengujudkan rumahtangga yang bahagia berlandaskan ajaran agama Islam. Namun
dalam era dunia global dan moden ini, kita dapati institusi keluarga juga
mengikut era tersebut sehingga menimbulkan suasana yang membimbangkan dan
tidak aman. Ini jelas apabila terdapat di antara suami tidak melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka
sebaliknya mereka sendiri menjadi penyebab kepada kemusnahan keluarga
ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Di antara
tanggungjawab yang diabaikan itu ialah saperti tidak memberikan nafkah (perbelanjaan
ke atas tanggungan mereka), tiada memberikan kasih sayang, tidak
memperdulikan kesihatan dan kebajikan isteri dan anak-anak termasuk
pendidikan, lebih buruk lagi sehingga sampai ketahap mendera isteri dan
anak-anak, mencabul kehormatan anak atau sumbang mahram, bersifat panas
baran, mementingkan diri sendiri dan sebagainya. Jika ada salah satu
perkara yang disebutkan ini ada pada suami, setentunya rumahtangga tidak
akan aman bahkan akan menimbulkan keretakan dan kemusnahan kepada rumah
tangga yang dibina. Dalam
struktur sesebuah keluarga, suami berperanan sebagai pemimpin atau ketua
dalam keluarganya, menjaga isteri dan anak-anak.
Dan suami memikul amanah dan tanggungjawab yang sangat besar dalam
mengujudkan kebahagiaan keluarga bukan sahaja di dunia malahan juga di
akhirat, kerana suami dikurniakan beberapa kelebihan oleh Allah Subhanahu
Wataala sebagaimana firmannya dalam surah An-Nisaa, ayat 34 :- Tafsirnya
: Muslimin
yang dirahmati Allah, Tafsirnya
: Berdasarkan
perintah Allah Subhanahu Wataala mengenai kewajipan nafkah, suami adalah
berdosa jika tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami, kerana suami
wajib mencari nafkah untuk tanggungannya. Di samping memberi nafkah itu
suatu kewajipan, ia juga boleh memupuk perasaan kasih sayang, kesetiaan
dan persefahaman antara suami isteri dan ahli keluarganya, kerana adalah
menjadi kesalahan jika suami hanya mengharapkan nafkah daripada isteri. Wahai
kaum muslimin, Oleh
itu kaum lelaki janganlah cuba mengambil kesempatan berpoligami dengan
hanya bertujuan memuaskan hawa nafsu tanpa meneliti diri dan memikirkan
peringatan dari Allah Subhanahu Wataala dari segi kemampuan dan keadilan.
Kerana tanggungjawab berpoligami adalah amat berat berbanding jika
mempunyai seorang isteri sahaja. Perlu diingat, pengabaian tanggungjawab
seorang suami adalah satu kezaliman, penganiayaan, dan berdosa yang akan
menerima balasan siksa di akhirat nanti, sepertimana firman Allah
Subhanahu Wataala dalam surah Az-Zukhruf, ayat 65 :- Tafsirnya
: Perlu
juga diingat bahawa pengabaian tanggungjawab boleh memberikan kesan-kesan
negatif terhadap rumahtangga yang dibina, di antaranya isteri akan memikul
tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh suami dan akan menguruskan
segala-galanya secara bersendirian seperti mencari nafkah, menjaga dan
mengasuh anak-anak tanpa bantuan suami. Keadaan ini akan lebih parah lagi
apabila isteri tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan tiada berpendapatan
yang akhirnya mengharapkan belas kasihan orang lain dan tidak terkecuali
meminta-minta ehsan orang. Di samping itu anak-anak pula merasa kecewa dan
menghadapi tekanan perasaan disebabkan seorang bapa yang tidak
bertanggungjawab dan tidak berperi kemanusiaan, sehingga sanggup melihat
anak-anak sendiri menderita dan merana, tiada wang untuk belanja sekolah
dan membeli keperluan. Keadaan ini menjejaskan pendidikan mereka, kerana
terpaksa berhenti sekolah dan ada di antaranya terlibat dengan gejala
sosial yang akan menggelapkan masa hadapan mereka. Sidang
Jumaat sekalian, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ar-Ruum, ayat 21:- Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|