![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
Muslimin
yang berbahagia, Tafsirnya: Sememangnya
diakui bahawa manusia ini tidak terlepas dari berbuat kesalahan dan
bersifat lupa, tetapi kita pula jangan lupa yang Allah Subhanahu Wataala
telah memberikan kita akal untuk berfikir, maka sayugialah digunakan
dengan sebaik-baiknya. Dengan akal, kita boleh membezakan mana yang hak
dan mana yang batil, mana yang baik dan mana yang buruk. Agama Islam telah
menetapkan hukum bagi sesuatu perkara itu mana yang wajib dilaksanakan dan
mana yang haram dilakukan. Dalam hal ini manusialah yang selalu lupa diri
dan lupa tuhan. Oleh itu sebelum terlambat, maka segeralah bertaubat dan
lakukanlah amal ibadat jika mahu selamat di dunia dan di akhirat. Wahai
kaum muslimin, Taubat
bukan perkara remeh-temeh, kerana bukanlah taubat namanya jika masih
melakukan dan berbuat sifat-sifat buruk, maksiat dan bermacam-macam
kemungkaran tetapi sebaliknnya perbuatan sedemikian seolah-olah
mempermainkan perkara taubat itu sendiri. Oleh itu jika bertaubat,
bertaubatlah dengan sepenuh hati sehingga mencapai taubat yang
sebenar-benarnya sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah
At-Tahriim, ayat 8:- Tafsirnya: Para
ulama telah menentukan beberapa syarat taubat yang harus dipatuhi, dan
tiada sesuatu taubat dianggap sempurna kecuali dengan empat syarat yang
berikut :- Pertama
: Menyesali diri atas
dosa-dosa yang telah lalu. Kedua
: Mensucikan diri dari dosa,
yakni tidak ada ertinya ia bertaubat padahal ia terus melakukan dosa yang
sama dan tidak memberhentikannya. Ketiga
: Berazam tidak akan
melakukan dosa lagi selagi hayat dikandung badan. Keempat
: Jika sekiranya seseorang
itu menyakiti atau menginaya seseorang yang lain seperti mencederakannya,
menghina ataupun ia merampas harta benda mereka maka hendaklah ia memohon
kemaafan daripada mereka serta mengembalikan hak yang telah diambil secara
penganiayaan itu atau pun minta dihalalkan dari yang empunya. Ahli
Jumaat sekalian, Tafsirnya: Wahai
kaum muslimin, Tafsirnya: Dalam
memohon keampunan, hendaklah dengan sepenuh hati dan niat yang ikhlas
kerana Allah Subhanahu Wataala, yakinlah bahawa Allah Subhanahu Wataala
maha pengampun akan dosa hamba-hambanya yang mahu bertaubat dan janganlah
ada sifat putus asa dalam memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataala. Ahli
Jumaat sekalian, Firman
Allah Subhanahu Wataalah dalam surah Asy-Syuraa, ayat 25: Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|