![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
WABAK
SELESEMA BURUNG
Muslimin
yang dirahmati Allah, Tafsirnya
: Muslimin
yang dirahmati Allah, Ujian
atau bala yang ditimpakan Allah Subhanahu Wataala ke atas manusia itu ada
bermacam-macam keadaan, di antaranya bencana alam seperti air
kemerah-merahan, kemarau, banjir, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya,
ataupun ianya dari perbuatan manusia itu sendiri seperti kemelesetan
ekonomi, kebakaran dan sebagainya ataupun wabak penyakit seperti wabak
SARS, taun dan lain-lain lagi. Muslimin
yang dirahmati Allah, Wabak
selesema burung ini sedang melanda beberapa buah negara di rantau Asia.
Penyakit itu berpunca dari sejenis virus dan biasanya ia terjadi ke atas
spesies haiwan ternakan seperti ayam, itik dan burung-burung. Ianya boleh
berjangkit kepada orang yang terdedah kepada ternakan yang dijangkiti.
Setakat ini tidak ada bukti yang menunjukkan penyakit ini boleh berjangkit
dari seseorang ke seseorang yang lain. Seperti
yang kita maklum penyakit ini amat berbahaya dan boleh membawa maut. Dalam
hal ini, pihak yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan dan berusaha
bagi mengelakkan penyakit tersebut merebak ke negara ini. Di antara
langkah-langkah yang telah diusahakan ialah membuat pemantauan bagi
mempastikan penduduk di negara ini tidak dijangkiti oleh wabak selesema
burung, usaha-usaha pengawalan bagi memperketatkan lagi
peraturan-peraturan kurantin haiwan dan larangan mengimpot produk ayam
serta burung peliharaan telah giat dijalankan dalam usaha mencegah dari
merebaknya penyakit tersebut kepada ternakan-ternakan di negara ini. Alhamdulillah,
sebagaimana telah dijelaskan oleh Kementerian Kesihatan, sehingga
kini tidak terdapat kes selesema burung yang dikesan di negara ini. Walau
bagaimanapun, kita perlu berhati-hati dan berawas-awas dengan menjaga
kebersihan diri, ladang-ladang ternakan dan persekitarannya. Sememangnya
perkara menjaga kebersihan ini telah dititikberatkan oleh ajaran agama
Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah,
ayat 108 :- Tafsirnya
: Dan
hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :- Maksudnya
: Itulah
di antara hikmah-hikmah kenapa agama Islam memerintahkan kita supaya
menjaga kebersihan. Ahli
Jumaat sekalian, Tafsirnya
: Daripada
ayat tersebut dapatlah kita mengambil kesimpulan, apabila kita diuji oleh
Allah Subhanahu Wataala kita hendaklah kembali kepada hukum-hukum Allah,
berserah diri kepadanya dengan berdoa, beristighfar serta bertaubat
kepadanya semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai
dan ingkar. Di samping itu kita wajib taat dan mematuhi segala suruhannya
dengan melaksanakan amal ibadat dengan penuh keikhlasan kerana Allah
Subhanahu Wataala dan bagi mendapat keredhaannya. Dan apabila kita selamat
dari ujian Allah Subhanahu Wataala itu, kita hendaklah bersyukur dan
jangan kufur kepadanya, ibarat kata semasa susah ingat Allah, tetapi di
kala senang lupa segala-galanya. Muslimin
yang dirahmati Allah, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah ayat 214 :- Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|