![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
SIFAT
SOMBONG
Muslimin
yang dirahmati Allah, Dalam
kehidupan ini, kita tidak akan terlepas dari berhadapan dengan
kerenah-kerenah manusia yang adakalanya menyenangkan hati dan tidak kurang
pula ada yang menyakiti hati dan menyebabkan tekanan kepada kita. Itulah
hakikat kehidupan, apatah lagi di zaman moden di mana kehidupan mengejar
kebendaan dan keduniaan menjadi-jadi bahkan boleh dikatakan menjadi fokus
utama manusia. Keadaan ini merupakan salah satu punca penyebab berlakunya
sifat sombong dan bongkak, kerana terdapat di antara kita yang merasa
dirinya lebih dari orang lain dan merasakan seolah-olah dunia ini dialah
empunya. Sifat
sombong, bongkak atau takabbur adalah penyakit hati yang sangat merbahaya
dan boleh membinasakan, dan kerana itulah Allah Subhanahu Wataala sangat
membencinya. Bahkan di kalangan manusia sendiri merasa jijik terhadap
orang-orang yang menyombong dan membanggakan diri. Firman Allah Subhanahu
Wataala dalam surah Luqman, ayat 18:- Tafsirnya: Ketahuilah
bahawa sifat sombong dan takabbur itu merupakan sifat iblis laknat Allah.
Ini jelas diceritakan dalam Al-Quran apabila iblis diperintahkan untuk
sujud kepada Nabi Adam Alaihissalam tetapi ia menolaknya kerana menganggap
dirinya lebih mulia dari Nabi Adam Alaihissalam. Lantaran kesombongannya
itulah iblis telah dikeluarkan dari syurga sebagaimana firman Allah
Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah, ayat 34:- Tafsirnya: Begitu
pula putera Nabi Noh Alaihissalam yang sombong, apabila air banjir naik
memenuhi bumi, ia tidak mahu menyahut panggilan ayahnya kerana percaya ia
mampu untuk menghindari dan menyelamatkan diri daripada air banjir
tersebut. Tetapi akibat
kesombongannya itu, akhirnya ia ditenggelamkan oleh air banjir dan mati
bersama-sama orang-orang kafir. Perkara ini telah diceritakan oleh Allah
Subhanahu Wataala dalam Al-Quran sebagaimana tafsir surah Hud, ayat 43:- Tafsirnya: Muslimin
yang berbahagia, Pertama
: Takabbur terhadap Allah
Subhanahu Wataala seperti mengabaikan dan tidak menghiraukan segala
perintah dan suruhannya, dan melakukan perkara yang ditegahnya dan tidak
takut terhadap peringatan dan ancamannya, sebaliknya meremehkan dan
memperolok-olokkan syariat Islam. Perlulah diingat bahawa Allah Subhanahu
Wataala menjanjikan balasan yang buruk kepada orang yang bersikap sombong. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Mukmin, ayat 60 :- Tafsirnya: Kedua:
Takabbur kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
Perbuatan ini dilakukan oleh orang kafir Quraisy yang mahu
menghalang Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dalam usaha baginda
menyebarkan agama Islam. Dan mereka berlaku sombong dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam adalah seorang anak yatim dan tidak berharta
serta tidak layak untuk menjadi pemimpin. Disebabkan kesombongan mereka
itulah mereka mati dalam keadaan kufur. Ketiga:
Takabbur atau sombong terhadap sesama manusia. Perkara ini boleh
dilihat melalui tanda-tanda seperti berikut:- 1)
Ia merasa bangga melihat dirinya maju lebih dari 2)
Suka menunjuk-nunjuk dirinya terhadap orang lain. 3)
Bergaya dan beraksi angkuh ketika berjalan. 4)
Membantah teguran orang lain, meskipun bicaranya 5)
Tidak mengindahkan nasihat dan teguran orang lain. 6)
Kerap menganggap dirinya betul dan tidak pernah 7)
Suka memuji-muji diri. 8)
Bermegah-megah dengan keturunan. Ahli
Jumaat sekalian, Tafsirnya: Sememangnya
untuk menghindarkan sifat sombong itu, kita haruslah melazimkan diri kita
dengan amalan-amalan yang baik seperti berbaik-baik dalam pergaulan,
selalu menjenguk jiran yang dalam kesusahan, berkumpul dengan orang miskin,
suka bertegur sapa dengan umat Islam dan sebagainya. Oleh
itu jauhilah diri kita dari sifat sombong dan takabbur jika kita mahu
ramai kawan, disegani oleh masyarakat dan tiada musuh. Maka tanamkanlah
perasaan tawaduk dan rendah hati pada diri kita. Tiada gunanya menyombong
dan membangga diri kerana kekayaan dan pangkat, kerana semua itu tidak
akan dibawa mati. Ingatlah apabila ajal menjemput kita, hanya kain putih
pembalut kita dan bukannya harta, dan bukan pangkat pula yang menjadi
teman tetapi amal ibadat, keimanan dan ketakwaan sahajalah pembela kita. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nahl, ayat 22:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|