![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
SIFAT
KHIANAT
Muslimin
yang berbahagia, Maksudnya: Amanah
adalah merupakan segala hak yang dipertanggungjawabkan ke atas seseorang,
baik hak itu terhadap Allah Subhanahu Wataala seperti mentaati perintahnya
dan menjauhi larangannya, mengerjakan ibadat, berbuat amal salih dan
sebagainya. Ataupun hak terhadap sesama manusia seperti menepati janji,
berlaku jujur, berbaik sangka, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang
suami atau isteri dan sebagainya. Agama Islam telah memerintahkan umatnya
supaya melaksanakan amanah itu dengan jujur dan sempurna. Oleh
yang demikian adalah menjadi kewajipan ke atas kita melaksanakan amanah
yang dipertanggungjawabkan kerana jika sekiranya kita ingkar dan tidak
menunaikannya, maka ini bererti kita telah melakukan khianat dan khianat
itu merupakan salah satu daripada tanda orang munafik. Ahli
Jumaat sekalian, Jika
diberi amanah memilih pekerja ia akan memilih dari kalangan ahli
keluarganya walaupun ada orang yang lebih layak memenuhi syarat-syarat
yang ditentukan untuk menjawat jawatan tersebut,
begitu juga halnya dengan orang yang mungkir janji, berdusta,
menipu, mendedahkan rahsia orang lain, maka semua contoh yang disebutkan
tadi dinamakan sebagai perbuatan khianat. Terdapat banyak hadith
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang menyebut tentang perbuatan
khianat, antaranya ialah sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:- Maksudnya: Khianat
adalah merupakan perbuatan buruk dan keji dan termasuk dalam golongan dosa
besar, ianya bukan sahaja boleh menimbulkan permusuhan, tetapi juga boleh
merosakkan agama. Perbuatan khianat itu adalah perbuatan orang-orang
munafik. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :- Maksudnya: Ahli
Jumaat sekalian, Perlu
juga diingat, seorang pemimpin atau ketua yang telah diberi kepercayaan
untuk memimpin, baik negeri, jabatan atau sebarang organisasi dan kumpulan,
hendaklah melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna
dan berpegang dengan firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa,
ayat 58:- Tafsirnya: Yang
demikian itu adalah menjadi kewajipan seorang pemimpin. Manakala orang
yang dipimpin pula, hendaklah taat dan patuh terhadap arahan dan peraturan
selagi tidak bercanggah dengan lunas-lunas Islam kerana dengan berbuat
demikian sahajalah boleh menghasilkan kejayaan dan keuntungan, baik kepada
individu, kumpulan atau kepada jabatan dan seterusnya negara. Muslimin
yang dirahmati Allah, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Anfaal, ayat 27:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|