![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
MEMPERINGATI
KELAHIRAN RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM Muslimin
yang dirahmati Allah, Muslimin
yang berbahagia, Kelahiran
baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah membawa rahmat kepada
alam semesta. Kerana baginda, dunia yang gelap menjadi terang-benderang
dan bercahaya, kesyirikan dan kekufuran bertukar menjadi ketauhidan dan
ketaatan kepada Allah Subhanahu Wataala. Lenyapnya keganasan dan kekejaman
wujud suasana aman sejahtera serta hidup berkasih sayang. Kelahiran
baginda benar-benar telah membawa perubahan dalam segala aspek kehidupan
manusia. Itulah rahmat dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu
Taala kepada para hambanya apabila mengutus junjungan besar Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam ke muka bumi ini sebagaimana firman Allah
Subhanahu Wataala dalam surah Al-Anbiyaa’, ayat 107:- Tafsirnya: Ahli
Jumaat yang dirahmati Allah, Sebagaimana
umat Islam yang cinta dan kasih terhadap junjungan besar Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sepatutnyalah kita mengenang jasa baginda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan mengadakan acara-acara
keagamaan. Tetapi dengan berbuat demikian itu belumlah mencukupi, kerana
apa yang lebih penting ialah kita menghayati dan mengamalkan ajaran-ajaran
yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Itulah yang lebih bermakna ke atas kita sebagai umat Islam
dalam mengharungi dan mengukuhkan lagi ingatan dan kasih sayang kita
kepada baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Muslimin
yang dirahmati Allah, Tafsirnya: Sememangnya
tepat bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu adalah contoh
teladan yang terbaik untuk diikuti dalam semua aspek kehidupan, samada
dalam bidang ketaatan dan keimanan kepada Allah Subhanahu Wataala, bidang
ibadat, siasah pentadbiran, kemasyarakatan dan pergaulan, akhlak dan
peribadi, mahupun sebagai pemimpin agama, negara, pemimpin rumahtangga,
sebagai suami, bapa, pendidik, pendakwah, pejuang dan sebagainya. Kejayaan
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang amat ketara ialah berjaya
merubah jiwa manusia secara total daripada sifat kebatilan kepada
kebenaran, sehingga lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah Subhanahu
Wataala, cinta kepada kebaikan dan cinta kepada akhirat. Contohnya
Saiyidina Umar bin Al-Khattab Radiallahu-Anhu, seorang yang kuat memusuhi
Islam pada peringkat permulaan penyebaran agama Islam telah menjadi
seorang yang mulia dan dihormati, begitu juga dengan seorang sahabat yang
bernama Bilal bin Abi Rabah, yang memiliki sifat tabah dan sabar dalam
menghadapi penderitaan akibat penyiksaan musuh-musuh Islam demi menegakkan
agama Islam. Dalam
bidang kepimpinan pula, baginda Sallallahu Alaihi Wasallam telah dapat
memperlihatkan kepimpinan yang amat baik dan dapat diterima oleh semua
pihak. Ini terbukti daripada peristiwa meletakkan Hajar al-Aswad di
tempatnya yang asal selepas proses baik pulih kaabah selesai dijalankan,
di mana setiap ketua kaum Arab menuntut untuk meletakkan batu tersebut di
tempat asalnya itu. Dengan kebijaksanaan baginda, baginda telah dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa meninggalkan kesan yang tidak
baik, malahan diterima oleh semua pihak dengan senang hati. Di
dalam aspek amanah pula, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah
diberi kepercayaan oleh Saiyidatina Khadijah Radiallahu-Anha untuk
menguruskan perniagaan miliknya. Amanah dan tanggung jawab yang diberikan
itu telah dijalankan oleh baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
dengan baik dan sempurna sehingga meyakinkan Saiyidatina Khadijah
Radiallahu-Anha. Dengan sifat Amanah yang ada pada diri baginda itulah
yang menyebabkan baginda digelar “Al-Amin”. Wahai
kaum muslimin, ingatlah bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam wafat
tanpa meninggalkan apa-apa harta pusaka, tiada harta, tiada rumah, gedung,
kenderaan dan sebagainya. Tetapi meninggalkan dua pusaka yang amat
berharga iaitu Al-Quran dan Al-Hadith. Sebagaimana
sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith: Maksudnya: Maka
marilah kita sama-sama sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wataala dan
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan membanyakkan berselawat
kepada baginda. Mudah-mudahan kita semua mendapat syafaat baginda di
akhirat kelak, Insya-Allah. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Ahzab, ayat 56:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|