![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
KRITERIA-KRITERIA
AJARAN SESAT Muslimin
yang dirahmati Allah, Muslimin
yang dirahmati Allah, Dengan
akidah yang betul, sifat-sifat yang tidak baik akan terkawal, di mana
tingkah laku dan tindak-tanduk kita akan mudah mengikut saluran yang betul
sebagaimana yang dikehendaki oleh agama Islam kerana ianya mendapat
hidayah dan petunjuk daripada Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah
Subhanahu Wataala dalam surah Al-Hajj, ayat 54:- Tafsirnya: Oleh
itu sebagai usaha memelihara lagi akidah kita, maka adalah amat mustahak
bagi kita untuk mengetahui kriteria-kriteria ajaran sesat itu sebagai
panduan kepada kita untuk dapat mempastikan dan seterusnya membezakan
sesuatu ajaran itu adakah ia betul atau sesat, jangan sampai kita
terperangkap dengan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan ajaran agama
Islam yang boleh menyesatkan kita. Muslimin
yang dirahmati Allah, Pertama
: Kepercayaan kepada
penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang sepatutnya
menjadi anutan kepada umat manusia. Kepercayaan
ini adalah salah di sisi agama Islam kerana agama yang hanya diterima oleh
Allah Subhanahu Wataala ialah agama Islam. Tidak ada agama lain yang
diterima di sisi Allah Subhanahu Wataala selain daripada agama Islam.
Agama Islam itu membatalkan dan memansuhkan semua agama sebelumnya.
Dan bahawasanya tidak ada agama sama sekali memansuhkan agama
Islam. Firman Allah Subhanahu
Wataala dalam surah Ali ‘Imran, ayat 19:- Tafsirnya: Firman
Allah Subhanahu Wataala lagi dalam surah Ali ‘Imran, ayat 85:- Tafsirnya: Oleh
yang demikian, ternyata bahawa kepercayaan adanya agama lain selepas
datangnya agama Islam itu adalah dusta dan bohong semata-mata. Kedua
: Mentafsirkan Al-Quran dan
menghuraikan hadith mengikut sesuka hati. Perbuatan
ini adalah salah di sisi agama Islam. Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam akan tetap terpelihara dan tidak akan
berubah, tidak dipinda atau dihapuskan. Banyak usaha telah dilakukan oleh
musuh-musuh Islam untuk mengubah
atau meminda isi Al-Quran atau susunan ayat atau surah dalam Al-Quran.
Tidak terkecuali juga ianya dilakukan oleh segelintir orang-orang Islam
yang terpengaruh oleh dakyah-dakyah dusta musuh-musuh Islam untuk
mengubahnya. Perbuatan sedemikian tidak kendur-kendurnya dilakukan
sehingga ke hari ini dengan tujuan kepentingan dan keuntungan mereka. Maka
perbuatan mentafsirkan ayat Al-Quran atau hadith dengan sesuka hati adalah
dilarang dan berdosa besar. Ia
jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu
Wataala dalam surah Al-Baqarah, ayat 75:- Tafsirnya: Ketiga
: Pendewaan diri
atau peminpin atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan
dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah seperti mempastikan dirinya atau
gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak
dimiliki oleh orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih daripada empat. Perbuatan
ini juga bertentangan dengan ajaran Islam, dan ternyata keterlaluan dan
berlebih-lebihan. Allah
Subhanahu Wataala telah berfirman dalam surah Al-An’aam, ayat 164: Tafsirnya: Ahli
Jumaat sekalian, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-An’aam,
ayat 153: Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|