![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
SEMBAHYANG
BERJEMAAH
Ahli
Jumaat sekalian, Tafsirnya: Sembahyang
adalah tiang agama, nur bagi orang mukmin dan penyelamat dari siksa api
neraka jahanam. Sembahyang juga merupakan jihad serta sebagai tanda
ketaatan dan kesyukuran kita terhadap Allah Subhanahu Wataala. Ibadah
sembahyang mempunyai banyak kelebihan, oleh itu tunaikanlah sembahyang itu
dengan cara yang sebaik-baiknya dan sesempurnanya dan adalah lebih afdal
dikerjakan secara berjemaah. Ahli
Jumaat sekalian, Maksudnya: Sembahyang
berjemaah boleh dilakukan di mana-mana sahaja kita berada, bukan sahaja di
masjid tetapi juga di rumah, akan tetapi adalah lebih afdal sembahyang
berjemaah itu dilakukan di masjid. Terdapat banyak hadith Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam yang menyebutkan tentang ganjaran dan kelebihan
sembahyang berjemaah di masjid antaranya hadith yang diriwayatkan oleh
Imam Al-Bukhari yang bermaksud:- Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, apabila sesorang itu sudah berwudhu dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semata-mata hendak bersembahyang, maka setiap langkah yang dilaluinya itu akan mendapat pahala dan menghapuskan satu dosanya. Kalau dia beriktikaf pula dalam masjid (dengan ada wudhu) selepas selesai sembahyang, para malaikat berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala memohon ampun untuknya. Dan selagi dia beriktikaf di dalam masjid menunggu untuk bersembahyang, dia akan terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sedang sibuk melakukan sembahyang. Ahli
Jumaat sekalian, Maksudnya: Dalam
mengerjakan sembahyang secara berjemaah, imam hendaklah mengerjakannya
dengan sempurna meliputi rukun-rukun dan sunat-sunatnya dan jangan terlalu
cepat atau terlalu lambat. Dan kita juga hendaklah mengerjakannya dengan
khusuk dan tawaduk semata-mata kerana Allah Subhanahu Wataala, bukan
dengan rungutan dan kesalan sebagaimana yang berlaku pada sembahyang sunat
tarawih berjemaah, di mana terdapat di antara jemaah yang mahukan imam
melakukan sembahyang itu dengan cepat dan ada di antaranya pula yang
mahukan secara perlahan, dalam erti kata mengikut kehendak diri mereka.
Dalam hal ini apa yang penting ialah kita hendaklah mengerjakan sembahyang
itu dengan sempurna dan sah mengikut hukum syara’. Ahli
Jumaat yang dirahmati, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa, ayat 103:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|