![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
AMALAN BERZIARAH KE TANAH PERKUBURAN
Muslimin
yang berbahagia, Dalam masyarakat kita orang Brunei, amalan berziarah ke tanah perkuburan telah sekian lama dilakukan bahkan sudah menjadi adat khususnya apabila menjelang bulan Ramadhan dan lebih ketara lagi apabila di bulan Syawal yakni Hari Raya dan tidak terkecuali amalan ini juga dilakukan di bulan-bulan yang lain. Amalan berziarah kubur perlulah dikekalkan kerana dengan berbuat demikian kita akan memperolehi banyak pengajaran dan manfaat daripadanya kerana dengan menziarahi kubur akan mengingatkan kita asal usul kejadian kita daripada tanah dan kepada tanah pula kita dikembalikan, menyedarkan kita bahawa setiap yang hidup pasti akan mati bila tiba masa dan ketikanya dan supaya kita bersifat zuhud iaitu tidak rakus dan tamak akan harta dunia kerana harta benda itu tidak dapat di bawa mati. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Maksudnya: Wahai
kaum muslimin, Dan apabila kita sampai ke tanah perkuburan, kita disunatkan memberi salam kepada ahli kubur terlebih dahulu, yang berbunyi:
Ini dijelaskan oleh hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Maksudnya:
Yang bererti: Mudah-mudahan Allah melimpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian wahai penghuni kampung-kampung (kubur-kubur) orang-orang mukmin dan muslimin, dan sesungguhnya kami Insya-Allah akan bertemu kamu, kami memohon kepada Allah afiat untuk kami dan untuk kamu sekalian. (Riwayat Al-Imam Muslim). Perbuatan memberi salam itu afdhalnya dilakukan dalam keadaan kita berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi. Kemudian kita disunatkan membaca Al-Quran seperti Surah Al-Ikhlas sebanyak sebelas kali atau membaca Surah Yaasin dan pahala bacaan itu dihadiahkan kepada ahli kubur. Selain itu, kita juga disunatkan untuk berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon kehadrat Allah Subhanahu Wataala semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan, keafiatan dan sebagainya. Setelah itu baharulah merinjis air ke kubur berkenaan, inilah yang dilakukan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ke atas kubur anaknya Ibrahim. Dan kita juga disunatkan bersedekah dan pahala sedekah itu dihadiahkan kepada ahli kubur yang berkenaan. Ahli
Jumaat yang dirahmati Allah, Maksudnya: Selain itu, kita juga dilarang memijak kubur dengan sengaja tanpa keperluan atau hajat, tetapi tidaklah menjadi kesalahan jika tiada jalan lain dan terpaksa. Perlu diingat bahawa melakukan perkara-perkara khurafat yang menjejaskan akidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah perkuburan dan yang seumpamanya hukumnya adalah haram. Dan sebagai orang-orang Islam, janganlah kita melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah hanya semata-mata kerana menurut adat kebiasaan atau menurut rasa hati yang sedang bersedih. Ahli
Jumaat sekalian, Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Mulk, ayat 2: Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|