![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
ADAB
BERHARI RAYA
Sidang
Jumaat sekalian, Pada
kelazimannya kedatangan Hari Raya akan disambut dan diraikan oleh umat
Islam seluruh dunia, tidak terkecuali oleh umat Islam di negara ini. Apa
yang menjadi tradisi umat Islam di negara kita apabila menyambut Hari Raya
ialah membuat bermacam-macam persiapan yang berbentuk material seperti
membuat pakaian baru, juadah dan barangan rumah. Itulah yang
dititikberatkan sehingga menyebabkan kesibukan apabila menjelang malam
Hari Raya sehingga kita lupa perkara yang lebih afdhal dilakukan ketika
meraikan malam Hari Raya itu. Muslimin
yang dirahmati Allah, Pertama:
Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal
telah sabit dilihat. Sesungguhnya laungan takbir itu bukanlah semata-mata
untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur
kita terhadap anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala
kepada hamba-hambanya. Dan takbir itu adalah merupakan ibadat. Kedua:
Menurut sahih Qalyubi di dalam kitab Hasyiah telah menyebutkan bahawa
menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang
terutama sembahyang sunat tasbih hukumnya adalah sunat. Ketiga:
Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan
Aidulfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri. Keempat:
Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting
rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana
hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Kelima:
Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid
bagi menunaikan sembahyang sunat Hari Raya. Sebagaimana hadith Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam:- Maksudnya: Keenam:
Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang
paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada
perkara-perkara sunat yang lain. Dari
Al-Bara ia berkata: Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini
(Hari Raya) ialah sembahyang. (Riwayat
Al-Imam Al-Bukhari). Ketujuh:
Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain
seperti mengucapkan yang maksudnya: Semoga Allah menerima daripada kita
dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang
berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan
amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan. Ahli
Jumaat sekalian, Sebagaimana
kelaziman yang diamalkan oleh orang-orang kita Brunei, bagi memeriahkan
suasana Hari Raya ialah ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjung antara satu
sama lain khususnya keluarga dan tidak dilupakan jiran tetangga dan
sahabat handai, menghulurkan tangan memohon kemaafan demi mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim sesama Islam. Tapi
apa yang perlu kita ingat ialah jangan sampai dalam kegembiraan itu kita
lupa peringatan agama kita supaya perkara baik itu dijaga dan jangan
dicemari oleh perkara-perkara yang tidak elok dan berdosa yang
bertentangan dengan hukum syara’ seperti bersalaman dengan bukan mahram,
pesta tari-menari dan menjamu dengan benda-benda haram seperti arak dan
sebagainya. Orang Islam bukan demikian cara sambutannya kerana perbuatan
sedemikian tidak memberi berkat tetapi sebaliknya mendatangkan bala dan
laknat Allah Subhanahu Wataala. Ahli
Jumaat yang dirahmati Allah, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Maa-idah, ayat 100:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|