![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
BERPEGANG
TEGUH KEPADA
Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ali 'Imran, ayat 19: Tafsirnya: Muslimin
yang dirahmati Allah, Agama
Islam, agama yang suci dan mulia yang telah menyelamatkan umatnya dari
kegelapan kepada cahaya yang terang benderang, daripada kebathilan kepada
kebenaran, memimpin umat manusia ke jalan kebaikan dan kebahagiaan baik di
dunia mahupun di akhirat. Oleh itu adalah menjadi kerugian besar kepada
sesiapa yang menolak Islam sebagai agamanya, sebagaimana firman Allah
Subhanahu Wataala dalam surah Ali 'Imran, ayat 85: Tafsirnya: Sidang
Jumaat sekalian, Tafsirnya: Tetapi
malangnya peringatan Allah itu diambil remeh, diambil ringan oleh
segelintir umat Islam, di mana terdapat di antaranya yang mangadu domba
sesama Islam, menyelewengkan aqidah saudara Islamnya sendiri, mempengaruhi
untuk berbuat perkara-perkara yang salah dan yang dilarang Allah Subhanahu
Wataala seperti pengedaran dadah dan penyalahgunaannya, menjual arak,
meminum arak, berjudi dan bermacam-macam lagi kemungkaran dan maksiat. Sidang
Jumaat sekalian, Oleh
itu, peganglah agama Islam itu dengan penuh yakin kerana agama Islam
itulah agama yang benar, dan Allah Subhanahu Wataala tidak akan menerima
agama selain Islam. Oleh sebab itu, kita sebagai penganut agama Islam yang
suci itu hendaklah berbangga dan bersyukur dengan pegangan kita.
Sesungguhnya sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah Subhanahu Wataala
untuk menerima Islam sebagai pegangan hidup, maka mereka itu berada dalam
keuntungan, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu
berusahalah memelihara agama Islam dan keislaman kita dengan jalan
mengerjakan segala perintah Allah Subhanahu Wataala, kerana melalaikan
perintahnya bererti mendedahkan diri kepada kebinasaan dan siksa Allah
Subhanahu Wataala. Allah
Subhanahu Wataala telah menjelaskan bahawa Islam itu adalah agama yang
sempurna, agama yang diredhai, dan merupakan sebenar-benar nikmat dari
Allah Subhanahu Wataala, sepertimana firmannya dalam surah Al-Maa-idah,
ayat 3: Tafsirnya: Walau
bagaimanapun masih ada lagi orang yang menolak dan tidak mahu menerimanya.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ali 'Imran, ayat 83: Tafsirnya: Ayat
tadi jelas menunjukkan suatu peringatan dari Allah Subhanahu Wataala
terhadap mereka yang tidak menerima Islam sebagai agamanya. Mereka mencari
agama lain yang sesat dan salah. Mereka lebih suka menerima kebathilan
daripada kebenaran. Sesungguhnya
seorang muslim yang sejati dan hakiki tidak akan menggadai agamanya,
sebaliknya rela berkorban mempertahankannya dari dicemari dan
dipersendakan walaupun menghadapi tekanan, penindasan serta penyeksaan
dari pihak musuh. Wahai
kaum muslimin, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 208: Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|