![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
PERISTIWA
ISRAK DAN MIKRAJ
Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa’, ayat 1:- Tafsirnya: Peristwa
Israk dan Mikraj merupakan antara Mukjizat terbesar Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam selepas Al-Quran, dan merupakan peristiwa agung dan mulia
di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diisrakkan dari
Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa dan dari sana baginda di Mikrajkan ke
langit. Seterusnya baginda
telah menyaksikan tanda-tanda kebesaran pemerintahan dan kekuasaan Allah
Subhanahu Wataala. Dalam peristiwa Israk tersebut, baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam telah diperlihatkan berbagai-bagai kejadian dan
peristiwa aneh yang menunjukkan keadaan perbuatan manusia berserta balasan
yang bakal mereka terima. Ini adalah sebagai satu ujian kepada manusia
terhadap keimanan dan ketakwaan mereka. Dengan demikian mudah-mudahan akan
menambah lagi keimanan dan rasa takut untuk membuat kemungkaran. Dan
sebagaimana lazimnya, pada setiap 27 Rejab, kita akan merayakan sambutan
Israk dan Mikraj dengan berbagai-bagai majlis ilmu dan keagamaan.
Akan tetapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap kisah-kisah
yang telah diperlihatkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu?. Adalah
tidak bermakna dan tidak bererti jika kita hanya memperingatinya sahaja,
sedangkan tidak mengambil iktibar dan tidak membawa kepada perubahan yang
positif kepada diri kita. Maka rugilah orang-orang yang mensia-siakan usia
dan terus leka dan lalai dalam kehidupan. Sesungguhnya dengan ketaatan dan
keimanan kepada Allah Subhanahu Wataala sahajalah yang akan dapat
menyelamatkan kita dari kemusnahan baik di dunia mahupun di akhirat. Muslimin
yang dirahmati Allah, Sesungguhnya
banyak kejadian-kejadian yang telah diperlihatkan kepada baginda
Sallallahu Alaihi Wasallam sewaktu baginda diisrakkan. Antaranya ialah:- Pertama:
Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melihat segolongan
manusia yang memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga hancur luluh, akan
tetapi sekejap kemudian kepala itu kembali seperti asalnya. Perbuatan itu
dilakukan berulang-ulang kali, begitulah keadaannya berterusan. Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya kepada Jibril Alaihissalam: Siapakah
mereka itu? Jibril menjawab: Mereka adalah sebagai gambaran golongan umat
tuan yang suka melalai-lalaikan waktu sembahnyang sehingga habis waktunya. Kita
umat Islam wajib mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu sehari semalam
serta menjaga waktunya. Tetapi apa yang berlaku, terdapat sebilangan orang
yang masih lalai untuk melaksanakannya ataupun melambat-lambatkan
sembahyangnya sehingga luput waktunya dengan alasan sibuk dengan urusan
kerja, keluarga dan sebagainya. Sesungguhnya jika ia seorang yang beriman,
ia akan menjaga sembahyangnya dengan sempurna baik dari pelaksanaannya
mahupun waktunya. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Maa’uun,
ayat 4 – 5:- Tafsirnya: Kedua:
Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melihat segolongan
manusia masing-masing menghadapi dua bekas,
bekas yang satu berisi daging yang sudah masak dan yang satu lagi
berisi daging yang mentah. Tetapi yang anehnya, mereka memilih untuk makan
daging yang mentah. Lalu baginda pun bertanya kepada Jibril Alaihissallam:
Siapakah mereka itu? Jibril menjawab: Mereka adalah gambaran di antara
umat tuan yang suka berzina. Mereka sebenarnya masih suka melepaskan nafsu
syahwatnya dengan perempuan lain walaupun mereka telah beristeri.
Begitulah pula halnya dengan perempuan yang telah bersuami secara sah,
akan tetapi mereka juga melakukan zina dengan lelaki lain yang bukan
suaminya. Sesungguhnya
Allah Subhanahu Wataala telah mengingatkan hamba-hambanya untuk tidak
mendekati perbuatan zina sebagaimana firmannya dalam Surah Al-Israa’,
ayat 32:- Tafsirnya: Zina
adalah perbuatan keji dan hina yang merosakkan diri, akhlak, keturunan dan
masyarakat. Di antara keburukan zina ialah keruntuhan moral dan akhlak,
melahirkan anak haram yang akibatnya seseorang itu boleh bertindak di luar
batasan dan di luar naluri seorang manusia seperti berusaha untuk
menggugurkan anak dalam kandungan dan lebih dahsyat lagi sanggup membuang
anak yang baru dilahirkan itu hidup-hidup. Perbuatan itu dilakukan kerana
malu dan juga kerana hendak menyembunyikan perbuatan kotor yang telah
dilakukan itu. Sebagai
orang Islam, kita hendaklah mematuhi ajaran dan hukum-hukum yang telah
ditetapkan oleh agama Islam, bukan mengingkarinya dan hanya menurut
kehendak hawa nafsu tanpa memikirkan baik buruk perbuatan yang dilakukan.
Itulah gunanya akal yang dikurniakan kepada manusia supaya manusia
berfikir dan bertindak dengan waras dan betul. Muslimin
yang dirahmati Allah, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa’, ayat 60:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|