![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
Allah
Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Hujarat, ayat 10 :- Tafsirnya: Dari
ayat tersebut, jelas kepada kita bahawa orang yang beriman adalah
bersaudara dengan mukmin yang lain. Persaudaraan yang diikat oleh keimanan
kepada Allah Subhanahu Wataala, bukan ikatan kerana keturunan, pangkat,
darjat, bangsa dan suku bangsa, warna kulit dan kedudukan. Demikianlah
persaudaraan sejagat yang tidak mengenal batas negeri dan negara. Tidak
mengenal perbezaan bangsa, pertuturan dan adat budaya.
Semua berpadu dengan pegangan yang satu di bawah panji-panji “La
Ilaha Illallahu Muhammadur-Rasulullah”. Di
atas dasar persaudaraan sesama Islam itu, maka adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Seandainya mereka menderita sakit, maka penderitaan itu turut sama
kita rasai, dan kita juga akan turut berdukacita dengan apa yang mereka
alami. Perkara
tersebut jelas digambarkan dalam hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:- Maksudnya: Ahli
Jumaat yang diberkati Allah, Demikianlah
cantik dan indahnya ajaran Islam, apabila konsep persaudaraan kita amalkan,
Insya-Allah kita akan hidup bahagia dan sejahtera. Perpaduan umat Islam
akan kukuh dan kuat dan disegani oleh orang-orang bukan Islam. Justeru
itu, agama Islam amat menggalakkan kita supaya hidup saling
tolong-menolong dan bantu-membantu seperti menghulurkan sedekah kerana ia
merupakan latihan rohani agar tertanam di dalam diri seseorang muslim itu
sifat pemurah dan sentiasa bersyukur terhadap nikmat-nikmat yang diberikan
oleh Allah Subhanahu Wataala. Ahli
Jumaat yang dirahmati Allah, Selaku
umat Islam yang bersaudara bersandarkan keimanan dan keagamaan, maka kita
hendaklah prihatin dengan apa yang dialami oleh saudara kita di negara
tersebut dengan menghulurkan bantuan dan pertolongan kerana mereka
sangat-sangat memerlukan bantuan dan pertolongan itu, dari segi keperluan
perubatan, makanan dan pakaian atau kewangan. Kita juga hendaklah
memberikan sokongan dari segi moral dan material kepada mereka. Atas
dasar simpati dan belas kasihan kita terhadap mereka, maka marilah kita
menghulurkan derma atau sedekah walaupun kecil atau sedikit, sumbangan
yang diberikan jika disertai dengan keikhlasan setentunya lebih bermakna
dan besar ganjarannya di sisi Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana
firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah, ayat 261 :- Tafsirnya: Begitu
jua hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam
Al-Bukhari : Maksudnya: Sidang
Jumaat yang diberkati Allah, Bertepatan
dengan itu, “Urusetia Tabung Bantuan Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran”
telah menempatkan tabung-tabung di masjid-masjid, surau-surau, balai-balai
Ibadat dan tempat lain yang bersesuaian di seluruh negara bagi memudahkan
rakyat negara ini menghulurkan bantuan kepada mereka. Dalam
kesempatan ini marilah kita menghulurkan sedekah atau apa jua pertolongan
ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala, semoga kita mendapat naungan dan
rahmat Allah Subhanahu Wataala dan kita berdoa agar negara kita
dihindarkan dari ditimpa apa jua musibah. Amin. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah, ayat 264 :- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|