![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
SIFAT
MARAH
Muslimin
yang berbahagia, Bagi
orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam
menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa redha dengan takdir
Allah Subhanahu Wataala, bahkan insaf terhadapnya. Kerana mereka sedar
sifat marah itu amat dibenci oleh Allah Subhanahu Wataala dan Rasulnya
sehingga Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam banyak berpesan supaya
jangan bersifat marah sebagaimana sabda baginda:- Maksudnya: Muslimin
yang dirahmati Allah, Sebenarnya
sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan
dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar
perintah Allah Subhanahu Wataala dan Rasulnya. Tetapi yang sebaik-baiknya,
elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian. Kerana marah boleh menimbulkan
keburukan dan permusuhan, bukan sahaja kepada orang lain tetapi kepada
diri sendiri. Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita
marah, maka lekas-lekaslah mengambil wuduk, supaya kita merasa tenang dan
tenteram. Di samping itu, kita hendaklah bersifat sabar dan mudah memberi
maaf kepada orang yang melakukan kesalahan. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Asy-Syuraa, ayat 37 :- Tafsirnya: Hadith
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :- Maksudnya
: Ahli
Jumaat sekalian, Pertama
: Boleh mengelakkan berlakunya sifar dengki, dendam, benci, buruk sangka,
memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi
sifat yang tidak baik. Kedua
: Supaya kita akan dapat
mencontohi akhlak mulia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam seperti
bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap
sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan. Wahai
kaum muslimin, ketahuilah bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari
bersifat marah akan mendapat balasan syurga. Ini dijelaskan oleh
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadith baginda:- Maksudnya: Wahai
kaum Muslimin, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ali ‘Imran, ayat 133 – 134 : Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|