![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
PENTADBIRAN
YANG BERKUALITI DAN CEMERLANG DENGAN MENERAPKAN NILAI-NILAI KEISLAMAN
Muslimin
yang dirahmati Allah, Bagi
menghasilkan pentadbiran yang berkualiti dan cemerlang, maka sudah
setentunya memerlukan kepada peraturan dan etika kerja. Tanpa adanya
peraturan dan etika kerja, sudah tentu sumber tenaga manusia yang
menjalankan tugas dalam pentadbiran sesebuah organisasi akan bertindak
menurut apa mahunya dan mengikut perasaan dan hawa nafsu tanpa mengikut
peraturan, undang-undang dan etika kerja tersebut. Islam
memerintahkan umatnya supaya berakhlak mulia dan melarang mereka bersifat
keji seperti hasad dengki, dusta, menipu, khianat, pecah amanah,
mementingkan diri sendiri dan lain-lain lagi. Justeru itu, setiap orang
apatah lagi mereka yang memegang jawatan dalam perkhidmatan awam hendaklah
mengamalkan dan menghayati nilai-nilai murni yang telah digariskan oleh
Islam dan peraturan-peraturan am dalam perkhidmatan awam. Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah, Ini
telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di majlis Nuzul Al-Quran bertempat di
Pusat Persidangan Antarabangsa pada 28 Februari, 1994, di antara titah
baginda: “Jadi,
selaras hasrat kita untuk menghayatinya, maka sukalah beta menyarankan di
sini, supaya semua pihak dalam kerajaan beta akan segera dapat melihat,
bahawa mana-mana jua ajaran Al-Quran yang boleh diterapkan dalam
pentadbiran negara, hendaklah dipakai dan dijalankan”. Untuk
mencapai matlamat kerja cemerlang seperti yang dikehendaki oleh Islam maka
kita hendaklah menghayati etika dan garispandu cara bekerja dalam Islam.
Dan hendaklah menjadikan sesuatu pekerjaan itu sebagai amal soleh
dan ibadat kepada Allah Subhanahu Wataala. Maka bagi mencapai tujuan
tersebut, kerja hendaklah dilakukan dengan ikhlas, jujur, amanah,
bijaksana, cekap, sentiasa memberikan kerjasama sesama pekerja lain dan
sentiasa mengharapkan keredhaan Allah Subhanahu Wataala. Wahai
kaum muslimin, Tafsirnya: Sabda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:- Maksudnya: Perlu
diingat bahawa setiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan ikhlas, tanpa
keikhlasan akan melahirkan berbagai-bagai keburukan dalam perhubungan
antara sesama pekerja atau majikan dan seterusnya boleh menjejaskan
perpaduan, prestasi dan produktiviti kerja dan sebagainya. Adalah
tidak dapat disangkal adanya pekerja yang bersikap tidak ikhlas dalam
melaksanakan tugas mereka, sehingga sanggup mengabaikan dan mencuaikan
amanah yang dipertanggungjawabkan, bahkan sanggup berbohong dalam
menjalankan tugas. Perbuatan sedemikian dilakukan berkemungkinan oleh
beberapa faktor yang di antaranya, bekerja tidak disertai dengan niat
kerana Allah Subhanahu Wataala, keras hati dan mementingkan diri sendiri,
tidak berminat terhadap tugas, yang penting asal bekerja dan terima gaji.
Ingatlah, hanya dengan memiliki sifat jujur dan amanah dan bekerja kerana
Allah Subhanahu Wataala, rendah hati, bertolak ansur, berlebih kurang
sahajalah dapat melahirkan keikhlasan dalam bekerja. Wahai
kaum muslimin, Tafsirnya: Terdapat
satu lagi sifat yang mustahak ada pada seorang pekerja iaitu kebijaksanaan,
bijak dalam membuat keputusan, bijak dalam membelanjakan harta kerajaan,
bijak dalam penggunaan masa, bijak dalam perbuatan, perkataan dan
lain-lain lagi. Muslimin
yang dirahmati Allah, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Qashash, ayat 26:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|