![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
MEMPERBANYAKKAN
AMAL IBADAT
Muslimin
yang dirahmati Allah, Sesungguhnya
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila berada di bulan Syaaban,
maka baginda lebih gemar berpuasa sunat lebih banyak berbanding dengan
bulan-bulan yang lain. Justeru kita selaku umat baginda, sepatutnya
mencontohi amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam itu. Saiyidina
Aisyah Radiallahu-Anha pernah berkata:- Maksudnya: Dalam
sebuah hadith yang lain pula, yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dari
Aisyah Radiallahu-Anha katanya:- Maksudnya: Selain
melakukan amalan puasa sunat, kita juga digalakkan supaya memperbanyakkan
berdoa, berzikir, membaca selawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam, bertaubat dan mengerjakan amalan-amalan lain yang boleh
mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wataala. Oleh
kerana bulan Syaaban hanya datang sekali dalam setahun, maka ambillah
kesempatan untuk meningkatkan amal ibadat kita pada bulan ini dalam usaha
memperbaiki diri menuju ketakwaan dan keimanan kepada Allah Subhanahu
Wataala. Muslimin
yang dirahmati Allah, Setiap
orang Mukallaf yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan keuzuran
seperti sakit, musafir, haid, nifas, hamil, dan sebagainya adalah
diwajibkan untuk mengqadha puasa yang ditinggalkan itu. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah, ayat 185:- Tafsirnya: Wahai
kaum muslimin, perbuatan melengah-lengahkan qadha puasa tanpa keuzuran
sehingga datang Ramadhan yang berikutnya adalah berdosa dan diwajibkan ke
atasnya mengqadha puasa tersebut berserta membayar fidyah.
Jika dia tidak mengqadhanya juga sehingga datang lagi Ramadhan yang
seterusnya, maka diwajibkan ke atasnya membayar fidyah dua kali ganda bagi
setiap hari puasa yang ditinggalkan. Ini bererti dia wajib mengqadha satu
hari puasa berserta fidyah dua cupak beras. Perlu diingat qadha puasa yang
ditinggalkan tidak akan luput dari tanggungjawab seseorang untuk
ditunaikan. Namun fidyah itu
akan terus berganda dari tahun ke tahun selagi dia belum habis
menyempurnakan qadha puasanya. Oleh
yang demikian, janganlah dilengah-lengahkan qadha puasa sehingga datangnya
Ramadhan yang baru ataupun langsung tidak menghiraukan sehingga berlalunya
Ramadhan dari setahun ke setahun. Ini bukan sahaja boleh menyebabkan
bergandanya fidyah yang wajib dibayar bahkan juga mendapat dosa besar ke
atas pelakunya. Sidang
Jumaat sekalian, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Adz-Dzaariyaat, ayat 55:-
Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|