![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
PERBUATAN
ZINA
Allah
Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Israa’, ayat 32:- Tafsirnya: Perbuatan
zina adalah perbuatan yang sangat keji dan dosa besar yang hukumnya adalah
haram. Perbuatan zina merupakan jenayah dalam Islam yang banyak
menimbulkan masalah kepada masyarakat dan negara. Zina boleh menyebabkan
masyarakat porak-peranda dan berpecah belah, merosakkan keturunan, membawa
bermacam-macam penyakit, merosakkan kesihatan rohani dan jasmani,
menghilangkan ketenangan dan mencemarkan kesucian Islam. Bahkan merupakan
salah satu penyebab turunnya bala. Perlu
disedari bahawa di samping zina itu perbuatan terkutuk, dosa besar dan
haram, ianya pula kadang-kadang diiringi dengan perbuatan dosa yang lain
kerana ada di antara mereka yang mengandung hasil perbuatan zina itu
berusaha mengugurkan kandungan tersebut. Dan kadang-kadang jika tidak
dapat digugurkan, maka anak damit yang baru dilahirkan itu pula akan
dibuang di merata tempat seperti tempat pembuangan sampah, dalam semak dan
ada kalanya ditinggalkan di tempat awam dengan tiada rasa kasih sayang dan
belas kasihan. Hasil perbuatan kejam itu menyebabkan anak damit berkenaan
terdedah kepada bahaya yang ada kalanya menyebabkan kematian. Sebelum
kedatangan Islam, orang-orang Arab zaman jahiliah membunuh anak-anak
perempuan mereka dengan menanamnya hidup-hidup, kerana berasa malu beroleh
anak perempuan. Kisah ini diceritakan di dalam Al-Quran melalui firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Nahl, ayat 58 - 59 yang tafsirnya:- Dan
apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak
perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari kerana menanggung dukacita,
sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. Ia bersembunyi dari orang
ramai kerana merasa malu disebabkan berita buruk yang disampaikan
kepadanya tentang ia beroleh anak perempuan sambil ia berfikir apakah ia
akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau ia akan menanamnya
hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah
sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu. Wahai
kaum muslimin, Melakukan
pembuangan anak apatah lagi jika sampai memyebabkan kematian, adalah
perbuatan zalim yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala, dan termasuk
dalam dosa besar yang mengakibatkan pelakunya akan mendapat siksa yang
pedih di akhirat kelak, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam
Surah Al-A’raaf, ayat 165:- Tafsirnya: Sabda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:- Maksudnya: Muslimin
yang dirahmati Allah, Wahai
kaum muslimin yang dirahmati Allah, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa’, ayat 33:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|