![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
KHUTBAH
AIDILFITRI YANG PERTAMA
Tafsirnya: Orang-orang
yang beriman dan berbuat amal soleh kerana Allah semata-mata, maka Allah
menjadikan mereka itu orang yang berjaya dalam kehidupan mereka, perasaan
mereka aman tenteram dan bergembira di dunia dan juga kemudian mendapat
kurnia Allah yang banyak di akhirat, seperti disebutkan dalam firman Allah
dalam Surah Al-Baqarah, ayat 82:- Tafsirnya: Walau
bagaimanapun untuk mencapai darjat yang demikian itu memang banyak
halangannya. Kita perhatikan keadaan dunia sekeliling kita yang penuh
dengan perkara-perkara yang dalam istilah kita di Brunei sebagai “kacau
biau” iaitu keadaan hidup yang sentiasa berubah dengan
berbagai-bagai ragam yang sebahagiannya menjadikan manusia lalai dan lupa
kepada peraturan-peraturan yang baik yang disediakan oleh Allah untuk
diikuti oleh hamba-hambanya. Falsafah
hidup untuk bersuka-suka telah menjadi budaya yang mengancam kehidupan
manusia yang pada akhirnya menimbulkan berbagai-bagai krisis, krisis
rumahtangga, krisis kewangan, krisis akhlak, krisis pendidikan yang susah
hendak ditangani. Dalam
masyarakat Islam kita pada hari ini, umpamanya sebagai contoh perkara
mendatangkan dan mempromosi pesta hiburan yang sebahagiannya
mempersembahkan persembahan-persembahan melampau dari luar negeri telah
menjadi satu tanda krisis yang baharu. Hampir dikatakan setiap bulan atau
setiap musim perayaan kita mendapati promosi itu didatangkan, dan dengan
gaya persembahan yang sangat menarik minat terutama di kalangan
orang-orang muda dan termasuk juga kanak-kanak seperti pakaian, tarian,
lagu-lagu dan juga gerak-geri mereka, dan menjadi ikutan. Mereka ini
mengaut keuntungan dari kemurahan dan kesukaan hati orang-orang Brunei.
Sebagai contoh dikatakan ada berpuluh-puluh ribu ringgit telah
dibelanjakan oleh orang-orang Brunei pada satu masa yang belum lama, untuk
mengundi melalui telefon bimbit dalam satu rancangan yang menarik ramai
pelanggan telefon, tetapi akhirnya, para pengundi ini tidak ada mendapat
apa-apa dari perbuatan mereka membelanjakan berpuluh-puluh ribu ringgit
itu, kecuali hanya kepuasan yang sebentar,
mengikut dorongan hawa nafsu sahaja tidak ada lain, dan para pengguna
akhirnya akan menerima bil-bil telefon bimbit yang di luar dugaan mereka,
dan bagi sebahagian mereka dari sini bermulalah masalah baharu. Demikian
tabiat manusia, seperti yang disebutkan dalam Surah Al-Jaatsiyah, ayat 23
dan 24:- Tafsirnya: Perbuatan
menggunakan dan membelanjakan harta semata-mata mengikut kesukaan hati dan
menurut hawa nafsu ini adalah semata-mata membazir, tidak mendatangkan
faedah kepada manusia yang bercita-cita hendak menjadi hamba Allah yang
berjaya dan dapat hampir kepadanya - Apatah lagi hendak hidup mendapat
rahmat dan keredhaan daripada Allah. Adalah tidak kena, pada masa
sebahagian besar daripada kita pada setiap hari memohon rahmat dan taufik
keselamatan dan kesentosaan negara ini, kita dapati sebahagian yang lain
asyik bersuka-suka dalam perkara-perkara yang dilarang oleh agama dengan
memikirkan bahawa rahmat taufik Allah jua akan turun kepada mereka dengan
sebab orang lain berdoa. Hendaklah
kita mempelajari semula dengan berhati-hati bagaimana kisah iblis dapat
memujuk rayu bapa kita Nabi Adam Alaihissalam dengan fitnah sehingga
terkeluar daripada kehidupan bahagia di dalam syurga. Firman Allah dalam
Surah Al-A’raaf, ayat 27: Tafsirnya: Saudara-saudara
sekalian, ini adalah peringatan Allah kepada manusia, sayangnya banyak
manusia tidak mahu mendengar peristiwa iblis menggoda Nabi Adam. Dan
kesan akibat seperti kisah Nabi Adam Alaihissalam, tentu tidak lagi
terjadi pada masa ini. Tetapi akibat lain yang memalukan dan menyakitkan
disebabkan perbuatan godaan hawa nafsu dan kesukaan semata-mata itu tetap
ada sebagaimana yang kita lihat, nanti ada juga akibat yang akan datang
yang mungkin terjadi kepada anak-anak muda dan kanak-kanak yang asyik
menikmati hidangan-hidangan yang menggoda itu tidak dapat kita ramal pada
masa ini, kerana pada masa ini banyak orang hanya merasa suka dan
bergembira. Maka
perbuatan seperti ini, yang hanya mendahulukan kesukaan hati, berhibur dan
bersuka ria, patutlah dinilai dengan penuh kesedaran malah diberhentikan,
kerana ia tidak membawa faedah, bukan sahaja kepada jiwa, malah kepada
agama, kepada ekonomi, bahkan secara khasnya kepada imej negara kita
sebagai negara Islam yang rakyatnya dianggap oleh dunia sebagai rakyat
Islam yang kuat beribadat, dan masyarakatnya pula masyarakat yang aman
damai sejahtera kuat berpegang kepada hukum Islam. Kita
menyeru dan berdoa dengan sepenuh hati mudah-mudahan orang-orang Islam di
negara ini, dan negara ini akan tetap berada di bawah peliharaan Allah
Subhanahu Wataala aman damai sejahtera selama-lamanya. Amin Yaa Rabbal
‘Aalamin. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Yunus, ayat 25 – 26:- Tafsirnya:
KHUTBAH
AIDILFITRI YANG KEDUA Saudara-saudara
yang dikasihi, Ertinya: Agama
Islam menyuruh para muslimin menjaga permakanan dan makan, di samping
mencari halal dan baik, juga menjaga cara-cara makan supaya sempurna dan
benar-benar mendatangkan faedah kepada tubuh badan.
Sebagaimana sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:- Ertinya: Baginda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menggariskan satu prinsip
agama yang sangat tinggi nilainya tentang permakanan, baginda bersabda:- Ertinya: Hal
ini patut menjadi perhatian kita semua di negara ini, kerana nampaknya
masalah “banyak makan dan berlebihan dari biasa” telah mula menjadi
tabiat dari sejak kanak-kanak lagi. Tabiat ini pada masa ini telah membawa
kesan yang tidak menggembirakan - ia adalah tanda penyakit yang akhirnya
membawa mudarat yang besar kepada tubuh badan. Mengikut keterangan
terbaharu dari Kementerian Kesihatan penyakit “lampuh”
yang dinamakan (Obesiti) dalam bahasa Inggeris sedang dihidapi oleh
kira-kira 30% dari jumlah kira-kira 60,000 orang kanak-kanak sekolah di
bawah umur 12 tahun. “kelampuhan”
yang luar biasa ini akan membawa kepada penyakit seperti kanser usus,
kanser payu dara, penyakit sejahan, kolestrol dan darah tinggi, kemudian
ia akan melarat kepada penyakit kencing manis, penyakit jantung, penyakit
tekanan darah tinggi dan lain-lain, dan dikatakan kadar ini adalah kadar
yang tinggi sekali di Asia Tenggara. Kita
belum lagi mendapat kepastian apakah akibat sosial dari penyakit “lampuh”
ini tetapi bercontoh kepada negara jiran, kanak-kanak yang “lampuh”
ini pertamanya tidak maju dalam pelajaran. Ini
adalah satu bahaya, kerana kalau kanak-kanak kita tidak maju dalam
pelajaran maka apabila mereka dewasa mereka ini akan tersisih dan tercicir
tidak dapat menghadapi persaingan orang lain, khasnya dalam hal ehwal
ekonomi dunia yang semakin lancar perjalanannya memerlukan orang yang baik
dalam pelajaran. Maka di sinilah sepatutnya ibu bapa mesti sedar akan
akibat-akibat yang akan datang menimpa kanak-kanak ini. Barangkali setiap
daripada kita masih menganggap perkara ini sebagai satu hal yang mudah,
tidak perlu diambil perhatian. Tetapi ingatlah dalam hal kita membuka mata
dan menutup mata tiba-tiba nanti kita akan menghadapi masalah besar yang
merunsingkan bukan sahaja kepada diri mereka tetapi kepada ibu bapa dan
terutamanya kepada kerajaan yang akan terpaksa menambah perbelanjaan
kesihatan yang semakin meninggi. Tidak
sangka lagi kerajaan akan terus berbelanja bagi menjaga kesihatan rakyat
tetapi apakah peranan kita sebagai rakyat? Adakah kita tidak terfikir
bahawa kalau rakyat bertambah sihat dan kurang penyakit maka itu bererti
perbelanjaan kerajaan boleh dikurangkan dan bererti kita menolong kerajaan
berjimat cermat terutama belanja membeli obat dan menggaji pakar-pakar
kesihatan? Cuba kita perhatikan hal ini. Di
kalangan orang dewasa pula, menurut keterangan Kementerian Kesihatan kadar
kematian yang berpunca dari penyakit yang berhubung kait dengan permakanan
yang tidak terkawal seperti menggunakan minyak, lemak dan gula yang
berlebihan ialah:- Seperti
penyakit lampuh juga maka penyakit ini berhubung rapat dengan cara
hidup dan permakanan, kegiatan fizikal dan mental serta merokok. Saudara-saudara
sekalian, Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam menasehatkan umatnya dengan bersabda:- Ertinya: Sabdanya
lagi:- Ertinya: Demikianlah saudara-saudara sempena masih belum hilang semangat puasa yang memberi kita pengajaran yang baik dalam hal menjaga makanan dan cara permakanan, maka eloklah kita jadikan hidup kita pada hari ini sentiasa ingat kepada Ramadhan, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala memberi kita kurnia taufik dan nikmat kesihatan yang baik bagi menghindarkan penyakit, bagi menempuh hidup bahagia, dapat kita menjalankan perintah dan suruhan Allah Subhanahu Wataala dalam keadaan yang selesa dan mudah. Amin. |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|