![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
KHUTBAH
AIDIL ADHA 1425H / 2005M Saudara-saudara
Muslimin yang dirahmati Allah, Ibadat
korban adalah sebagai memperingati kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan
puteranya Nabi Ismail Alaihissalam iaitu ketabahan seorang ayah yang
sanggup hendak menyembelih anak kesayangannya. Manakala anak pula taat dan
ikhlas serta rela untuk disembelih demi menyahut dan melaksanakan perintah
Allah Subhanahu Wataala. Itulah
ketaatan yang luar biasa yang ditunjukkan oleh Nabi Ismail Alaihissalam
sebagai seorang anak yang solih dan beriman kepada Allah Subhanahu Wataala.
Cuba bayangkan jika perkara seumpama ini berlaku ke atas diri kita apakah
kita sanggup berbuat demikian? Jika Nabi Ismail Alaihissalam sanggup untuk
berkorban nyawa, apakah kita tidak sanggup berkorban harta, masa, tenaga
dan perasaan untuk ibubapa kita yang telah bersusah payah membesarkan kita
dan sanggup berkorban apa saja. Ibubapa sanggup berpenat lelah dan
berusaha sedaya upaya mendapatkan nafkah untuk menyara anak-anak, mereka
sanggup berjimat dan mengikat perut mereka semata-mata untuk menyenangkan
anak-anak, sehingga ada di antara anak-anak mereka yang hidup
senang-lenang kerana mendapat pendidikan yang sempurna. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Ahqaaf, ayat 15:- Tafsirnya: Umat
Islam yang dirahmati Allah, Oleh
itu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh ibubapa, apakah wajar anak
berlaku derhaka kepada mereka dan lupa terhadap jasa-jasa yang mereka
curahkan? Mungkin kita pernah mendengar kisah anak yang tidak menghormati
ibubapa, tidak mahu mendengar nasihat sehingga lari dari rumah, sedangkan
ibubapa dalam kebimbangan dan kekhuatiran. Dan ada pula kisah anak yang
tidak lagi memperdulikan orang tua mereka, sehingga tidak mengendahkan
keperluan dan kebajikan mereka, bahkan sanggup menghantar orang tua mereka
ke pusat jagaan orang-orang tua semata-mata tidak mahu memikul beban untuk
bersusah payah menjaga orang tua yang telah uzur. Mudah-mudahan kejadian
seumpama ini tidak berlaku di negara kita. Inikah
balasan anak terhadap ibubapa yang telah menabur bakti sehingga lupa
bahawa kesenangan yang mereka nikmati kini adalah hasil titik peluh,
pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan oleh ibubapa mereka.
Walaupun ada di antara ibubapa itu yang tidak mampu memberikan
segala yang diperlukan oleh anak-anak dengan sempurna dan sepenuhnya
disebabkan keadaan kehidupan mereka, tetapi sebagai anak, sepatutnya taat
dan patuh kepada ibubapa kerana tanpa mereka kita tidak akan wujud di
dunia ini. Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:- Maksudnya: Muslimin
yang dirahmati Allah, Adalah
menjadi kewajiban seorang anak untuk berbakti dan berkhidmat kepada
ibubapanya sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Semasa
hidup, seorang anak dituntut berbakti kepada ibubapa dengan mentaati
perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan akidah dan hukum syara',
memberi sebarang pertolongan atau bantuan sama ada berupa kewangan atau
lainnya sehingga mereka merasa selesa dan aman dalam menjalani kehidupan
ini. Bahkan diwajibkan juga
supaya berbudi bahasa dan berlemah lembut dengan mereka serta memanggil
dengan panggilan yang baik lagi mesra, bukannya menyakitkan mereka baik
dengan tingkah laku, bahasa dan percakapan yang kurang sopan. Sebagai
seorang anak mestilah bersedia dan rela mengorbankan masa dan harta untuk
memelihara ibubapa yang telah berjasa sejak kita lahir ke dunia ini. Begitulah
juga terhadap ibubapa yang telah meninggal dunia, kita digalakkan
meneruskan bakti kepada mereka
dengan mendoakan dan memintakan ampun untuk mereka, menziarahi kubur,
menunaikan segala janji dan wasiat mereka, menjelaskan hutang-hutang
mereka jika ada, menunaikan fardhu Haji bagi mereka iaitu bagi yang belum
berkesempatan untuk menunaikan ibadat Haji, bersedekah untuk ibubapa dan
banyak lagi. Apa yang kita harapkan mudah-mudahan kita tergolong dari
kalangan anak-anak yang soleh taat kepada ibubapa dan sentiasa mengenang
jasa dan pengorbanan mereka. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa’, ayat 23:- Tafsirnya:
Saudara-saudara
umat Islam yang dikasihi, Tafsirnya: Salah
satu cara bagi mempraktikkan konsep tolong-menolong, bantu-membantu ini
ialah bersedekah. Bersedekah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Bagaimanapun terdapat hari-hari yang lebih digalakkan untuk kita
melakukan sedekah seperti pada bulan Ramadan, kerana pada bulan itu pahala
bagi setiap kebajikan akan dilipatgandakan. Selain bersedekah di bulan
Ramadan, bersedekah juga disunatkan pada hari-hari mulia seperti pada Hari
Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Begitu juga disunatkan
bersedekah sewaktu berada di tempat-tempat yang mulia dan suci seperti
Mekkah Al-Mukaramah dan Al-Madinah Al-Munawwarah, semasa berjihad, semasa
menunaikan fardhu Haji, ketika berlakunya peristiwa-peristiwa penting
seperti gerhana matahari dan bulan, ketika sakit dan ketika hendak
memulakan sesuatu pelayaran. Allah
Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 yang
tafsirnya:- Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah maha luas rahmat kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya. Begitulah
betapa besarnya kelebihan yang akan diperolehi oleh orang-orang yang
bersedekah. Walau bagaimanapun sedekah yang dilakukan secara
sembunyi-sembunyi itu adalah lebih baik dan lebih utama dari sedekah yang
dilakukan secara terang-terangan. Ini jelas sebagaimana firman Allah
Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 271:- Tafsirnya: Muslimin
yang dirahmati Allah, Sebaiknya
sedekah yang diberikan itu hendaklah diambil dari baki atau lebihan
belanja keperluan hidup diri kita dan orang-orang yang di bawah tanggungan
kita. Adalah berdosa jika bersedekah dengan sesuatu yang boleh
mengurangkan dan menjejaskan perbelanjaan orang-orang yang di bawah
tanggungan kita, sebagaimana hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:- Maksudnya: Wahai
kaum Muslimin, Maksudnya: Ingatlah
wahai kaum Muslimin, Dalam
hal ini Alhamdulillah negara kita juga menunjukkan keperihatinan dan tidak
ketinggalan dalam usaha membantu mangsa Tsunami baik melalui kerajaan
mahupun sektor swasta. Sebagai contoh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
telah membuat inisiatif menghantar bantuan kemanusiaan yang melibatkan
sukarelawan terdiri daripada doktor-doktor, jururawat-jururawat dan
tenaga-tenaga di bidang perubatan atau kesihatan dari Kementerian
Kesihatan, dan juga anggota-anggota Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei
serta sukarelawan-sukarelawan yang mempunyai kemahiran-kemahiran dalam
bidang-bidang tertentu. Selain
itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang
Dipertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya juga telah memperkenankan
untuk pemberian bantuan pemulihan dengan membangunkan masjid, asrama anak
yatim dan sekolah dengan pelaksanaan awalnya ialah mengumpul terlebih
dahulu maklumat dan membuat kontek dengan pihak-pihak berkenaan di Aceh. Oleh
yang demikian, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan yang termampu
dan terdaya oleh kita dengan hati yang ikhlas kerana Allah Subhanahu
Wataala. Mudah-mudahan amal kita itu diterima Allah Subhanahu Wataala dan
mendapat ganjaran pahala daripadanya.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Saba’, ayat 39:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|