![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
MUSIM
PERSEKOLAHAN
Sesungguhnya
masa itu akan sentiasa berlalu meninggalkan kita, dan tidak akan menunggu
kita walau sesaat pun. Oleh itu masa amat berharga dan tepat bila
dikatakan masa itu emas dan seperti pedang. Begitulah juga umur, ianya
sesuatu yang tiada ternilai harganya, ia berjalan seiring dengan
perjalanan masa. Semakin umur kita meningkat atau bertambah, maka semakin
tualah kita dan hampirlah pula kita kepada ajal. Oleh itu janganlah
disia-siakan masa dan umur yang masih ada yang dikurniakan Allah Subhanahu
Wataala itu, hendaklah kita memanfaatkannya dengan berbuat amal ibadah dan
amal-amal kebaikan yang mendatangkan pahala tanpa menangguhkannya. Kerana
kita tidak tahu sampai bilakah kita akan hidup dan bila pula masanya kita
akan dimatikan. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-A’raaf, ayat 34:- Tafsirnya: Wahai
kaum muslimin, Tidak
dapat dinafikan bahawa tiada seorang ibu bapa pun yang sanggup dan ingin
melihat anaknya susah, menderita dan hidup melarat, sebaliknya semua
mahukan anak-anak mereka menjadi insan yang baik dan sempurna, baik sejak
mula dilahirkan hinggalah mereka menjadi dewasa di dunia ini, bahkan juga
di akhirat kelak. Dan apabila dewasa pula, anak-anak mereka akan mempunyai
pekerjaan dan berjawatan. Kerana itulah terdapat di kalangan ibu bapa yang
sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga menghantar anak-anak
mereka menghadiri kelas-kelas tambahan demi mengharapkan kejayaan dalam
pelajaran. Dalam
pada itu, ibu bapa juga perlu ingat bahawa untuk menjadikan anak-anak itu
insan yang sempurna, maka anak-anak tersebut perlu memiliki ilmu agama,
kerana ilmu agama sahajalah yang dapat membimbing mereka agar tahu
membezakan mana yang halal dan mana yang haram, mana yang hak dan mana
yang bathil, mana yang disuruh dan mana yang dilarang, seterusnya tahu
untuk bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala. Wahai
kaum muslimin yang berbahagia, Maksudnya: Oleh
itu, jika ilmu agama dan
ajaran Al-Quran tidak diterapkan awal-awal lagi kepada anak-anak pada masa
ini dan juga generasi yang akan datang, sudah pasti mereka tidak mempunyai
bekalan yang cukup untuk menghadapi cabaran dunia yang lebih mencabar di
masa akan datang. Jika
ajaran Al-Quran dan As-Sunnah tidak diamalkan, sudah tentu kehidupan akan
bermasalah dan tidak stabil, dan akan wujudlah manusia yang menghalalkan
perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal, dan akan
menimbulkan perasaan nafsu-nafsi dan mementingkan diri sendiri. Allah
Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Maa’idah, ayat 87:- Tafsirnya: Oleh
itu tiada jalan lain yang lebih baik dan utama melainkan dengan berpegang
kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah jika kita mahu selamat di dunia dan
di akhirat, sebagaimana sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam yang
bermaksud:- Kamu
tiada akan sama sekali sesat selama mana kamu berpegang kepada kitab Allah
dan Sunnah Nabinya. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Tahriim, ayat 6:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|