![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
TSUNAMI Wahai
kaum muslimin yang dirahmati Allah, Muslimin
yang dirahmati Allah, Patutkah
manusia menyangkal bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
“Kami beriman” sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan ?. Dan
demi sesungguhnya! Kami telah
menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang
demikian, nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang
sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang
orang-orang yang berdusta. Sidang
Jumaat sekalian, Firman
Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 155 - 156 yang
tafsirnya:- Demi
sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada
musuh dan dengan merasai kelaparan, dan dengan berlakunya kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka
ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua
kami kembali”. Wahai
kaum muslimin, Tafsirnya: Kejadian
gempa bumi dan ombak besar tsunami yang berlaku itu adalah gambaran yang
sama dengan apa yang dijelaskan ayat-ayat dalam Surah Az-Zalzalah itu. Daripada
peristiwa tersebut setentunya menjadi iktibar yang semestinya direnung dan
difikirkan dan dijadikan panduan hidup kita. Firman Allah Subhanahu
Wataala dalam Surah Ar-Ruum, ayat 41:- Tafsirnya: Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:- Daripada
‘Adiy Ibnu Hatim, ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
telah bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab orang ramai (orang
awam) dengan perbuatan orang-orang yang sedikit sehingga orang ramai tadi
melihat kemungkaran di hadapan mata mereka dan mereka berkuasa untuk
mencegahnya, tetapi mereka tidak mencegahnya.
Sekiranya mereka berbuat demikian, maka Allah akan menurunkan
azabnya kepada orang-orang yang sedikit tadi dan orang ramai (orang awam).
(Hadith riwayat Al-Imam Ahmad). Dari
hadith tersebut dapatlah difahamkan bahawa setiap individu adalah
bertanggungjawab dalam mencegah kemungkaran dan menyuruh berbuat kebaikan
mengikut kemampuan dan kuasa masing-masing. Jika amalan ini diamalkan
setentunya kita akan hidup aman damai. Alhamdulillah
kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala di mana Negara Brunei
Darussalam telah terhindar dari malapetaka yang amat dahsyat itu.
Walau bagaimanapun kita jangan mudah alpa dan lalai dari mengingati
Allah Subhanahu Wataala dan kita hendaklah terus-menerus taat mengerjakan
perintahnya serta meninggalkan larangannya kerana Allah telah memberi
peringatan dalam Surah Al-Haaqqah, ayat 11 – 12:- Tafsirnya: Wahai
kaum muslimin, Tafsirnya: Inilah
salah satu usaha atau langkah bijak yang telah dilaksanakan, jika kita
mahu terhindar dari malapetaka dan azab Allah Subhanahu Wataala. Oleh yang
demikian adalah difikirkan munasabah jika langkah pembatalan segala bentuk
hiburan ini dikekalkan. Muslimin
yang dirahmati Allah, Tafsirnya: Bersabit
dengan kejadian ini Negara Brunei Darussalam telah menubuhkan satu
jawatankuasa tabung bantuan mangsa bencana tsunami yang bertujuan untuk
mengumpul derma seangkat-angkat hati dari seluruh rakyat dan penduduk
Negara Brunei Darussalam bagi disumbangkan kepada mangsa-mangsa malapetaka
negara-negara yang dilanda oleh bencana tersebut melalui tabung-tabung
yang disediakan di masjid-masjid, surau-surau, balai-balai ibadat dan
tempat-tempat yang telah ditentukan di seluruh negara. Mudah-mudahan
dengan adanya kutipan derma itu nanti diharapkan dapat meringankan
kesengsaraan dan beban penderitaan mangsa-mangsa bencana tersebut. Sebagaimana
yang kita difahamkan, mangsa-mangsa yang terselamat dari bencana tersebut,
kini terdedah dengan bahaya penyakit berpunca dari persekitaran dan air
yang tercemar, kekurangan makanan, perubatan dan tempat untuk berteduh.
Oleh yang demikian, bantuan segera dari negara-negara di seluruh
dunia adalah sangat diperlukan khususnya perubatan, makanan, pakaian,
khemah-khemah dan segala kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Adalah
diharapkan kutipan amal itu akan dapat dilaksanakan dengan sempurna
semata-mata bertujuan membantu meringankan beban penderitaan yang
ditanggung oleh mangsa-mangsa bencana tsunami. Mudah-mudahan segala niat
dan sumbangan yang dihulurkan ini akan mendapat keredhaan dan keberkatan
daripada Allah Subhanahu Wataala. Sama-samalah
kita berdoa agar negara kita terhindar dari segala bala dan sentiasa
mendapat perlindungan dari Allah Subhanahu Wataala dan derma yang kita
hulurkan akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wataala.
Amin Ya Rabbal-'Aalamin. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|