Strategi
Organisasi dan Sumber yang berupaya.
Keupayaan organisasi
- Struktur pentadbiran teratur dan cekap.
- Kakitangan mahir/professional.
- Perhubungan antara organisasi sempurna (perfect)
- Manakala keupayaan sumber bererti: Kemampuan kewangan dalam
ertikata mempunyai kewangan yang cukup dan kebolehan membuat dan/atau mengembangkan
punca kewangan secara Islam (ada kaitan dengan kemudahan fizikal.
Sistem Maklumat Islam Yang Lengkap
- Kemudahan tomasi yang moden dan lengkap
- Rangkaian maklumat antara organisasi
- Kumpulan R & D yang professional.
Kelahiran dan Kewibawaan Pemimpin Ugama
- Pembentukan generasi penyambung kepimpinan ugama yang betul.
- Ketokohan pegawai-pegawai Masjid yang berilmu dan berwibawa.
Dengan demikian, tulang utamam kesinambungan berugama itu
sentiasa kuat.
Komitmen Total Masyarakat, Pemimpin dan Intelek
terhadap Masjid
- Komitmen masyarakat bererti bahawa mereka senang membuat
penyertaan dan memberikan sokongan terhadap program Masjid. Ini wujud kerana kepercayaan
mereka terhadap keupayaan dan kewibawaan Masjid.
- Komitmen pemimpin bererti adanya perhubungan yang murni
antara pemimpin dengan Masjid. Perhubungan itu mewujudkan kekuatan kepimpinan kepada
pemimpin dan pada Masjid. Dengan yang demikian wujudlah keadaan dimana pemimpin dan
masyarakat dalam menunaikan keperluan dan kepentingan mereka sentiasa mendapat saringan
Masjid yang mendapat kekuatan dari perhubungan dengan pemimpin itu tadi.
- Komitmen Intelek bererti bahawa mereka bersedia menjadi
sumber kekuatan organisasi Masjid. Kalau komitmen pemimpin memberikan "Poliitical
Will" kepada Masjid, maka komitmen intelek memberikan "Intelectual
Will"